Mediary: Second Block and 2018's goal?

Hey guys!

Alhamdulillah I dah habis Block 2 (Man in The Environment) Nak kata susah tu hmm boleh tahan la juga. Block 2 is divided into three major units - pathology, pharmacology and microbial & others parasitic agents of disease

Pathology is mostly belajar pasal proses repair and healing, inflammation etc

Pharmacology ni ha biasalah pasal drugs, antibiotic semua ya tuhan susah gila nak hafal bab antibiotic/ mechanisms of action dia / contoh contoh dia/ side effects dia

Microbial and parasitic agents ni belajar pasal parasit, bacteria dan virus

Block ni still belajar basic lagi tapi jangan ingat basic tu senang, basic dia pun dah susah. Tapi yang bestnya bila part masuk lab ishhh best gila, walaupun mula mula tu I macam haih menyampahnya masuk lab kena tgk slide under microscope la bagai tapi lama lama seronok weh! Okay, lecturer pula ada yang seronok (mostly) dan ada yang seram bila dia masuk class. Bukan seram apa, diaorang suka pass microphone dalam class so nanti sama ada dia pick random untuk jawab soalan2 especially bila lecture petang. Tabah je la T_T

For block 2, still relax relax lagi because jadual tak pack. Ada lagi gap at least 2 jam sehari tu. Minggu PBL lagi tak banyak lecture, tapi I rasa nak menangis lepas tengok block 3 punya jadual. Nak gelak pun ada gak :")) Memang pack gila. Moga moga terus tabah, Farahin <3

Okay macam biasa lah, setiap gambar ada ceritanya :) Ni yang sempat I collect sepanjang block 2 weheee


Ni waktu lab, masani lab assistant tengah bagitahu nak buat apa



Your future doctor kehkeh



Okay done. Since today's date is 31/12/2017 so nah 2018's goal. Tak minta lebih cuma I harap I jadi lebih rajin dari dulu :)

Trip to Gunung Santubong, Sarawak

Hello!

Dulu masa kecil kecil mesti pernah dengar pasal lagenda Puteri Santubong & Puteri Sejinjang penjaga gunung negeri Sarawak. Atau pun belajar kajian tempatan masa sekolah rendah dulu pasal ni. Tak sangka, finally after 19 years breathing dapat juga menjejakkan kaki ke salah satu gunung terkenal ini cewah

Sebenarnya pergi gunung ni 2 minggu lepas tapi baru harini rasa macam rajin nak update blog huha okay aku pergi berenam (classmate + housemates) hari Ahad, sebelum masuk block 2. Kami dari Unimas dan perjalanan dalam 45 mins - 1 jam, lebih kurang la. Kami bertolak awal pagi dan sampai sana dalam jam 9 lebih. Sebelum bertolak jangan lupa breakfast ye!


Nak masuk sini tak dikenakan bayaran cuma korang perlu register la, in case kalau apa apa jadi nanti senang pihak pengurusan rekod berapa ramai yang ada kat dalam hutan tu. Disebabkan ni kali pertama aku hiking en so rasa macam excited lah juga tapi sayangnya kami tak sampai pun puncak. Kitaorang punya plan cuma nak bersuka ria di waterfall je. Nak sampai waterfall pun dah lelah, apatah lagi puncak tinggi itu. Ceh.

Bagi yang pertama kali nak hiking tu kan, antara benda yang korang wajib prepare adalah;
  1. Air mineral (1L at least sebab korang nak daki gunung kot, peluh banyak keluar so kena la ganti balik air yang hilang dalam badan tu)
  2. Pakaian spare in case korang tetibe jatuh kan baju kotor so tukar la. Atau korang nak bermandi manda bersuka ria macam kami kat air terjun
  3. Makanan, at least roti. Mana tahu korang lapar ke tak cukup glucose dalam badan ke so boleh la makan sikit.
  4. Ubat ubatan. Yang basic macam minyak angin, panadol, plaster. Ubat ubat lain tu bergantung la kalau korang ada penyakit lain.
  5. Torch light, kalau korang plan nak stay situ sampai petang so rasanya perlu kot bawa. Sarawak tak macam semenanjung, pukul 5 lebih je dah macam pukul 7.
Barang barang yang lain tu bergantung la dengan korang semua ye. Anyway macam biasa, enjoy the pictures! :)




Fi Hifzillah.