.footer-outer{display:none;}

KMM; Minggu yang sangat penat

Assalamualaikum guys

Nak habaq, minggu ni rasa minggu paling stress ah sampai rasa nak balik rumah sampai rasa nak quit matrik!  T_T

Hari Isnin ada PI4LO, exam physics. Dia bukan macam quiz biasa yang every week ambil, pressure gila masa ambil exam ni tapi 2 3 hari sebelum tu watlek wat cool je dok tidur. Sehari sebelum exam baru pulun habis baca nota itu ini buat exercise ish ish teruk betul perangai sampai kena beli Salonpas sebab sakit sakit bahu hohoho kononnya menanggung beban yang berat bila ada exam exam ni. Sampai rasa kepala terlalu berat dengan formula, hampir bocor kepala ni hm

Tak cukup dengan PI4LO yang aku tak ready, tutorial pula berlambak kena siap dan paling teruk bila hari Isnin tu ada 3 kelas tutorial. Entah zaman bila punya tutorial, maka dengan menghadam segala nota nota formula physics, aku juga gigih menyiapkan tutorial yang tiada kesudahan huahua sedih

Dan kemudian, hari Selasa ada quiz Mathematics. Yang ni kira okay sebab dia just masuk satu topic dan senang juga la.

Dan yezza, lepas habis 2 quiz tu rasa macam bebas sikit ah. Takde ah rasa beban sangat tapi still nak balik rumah. Rindu.... sobs

Hari hari lain berlalu seperti biasa dan hari ni kitaorang (S11P7) pergi pantai Pengkalan Balak sebab ada aktiviti khidmat masyarakat. Aktiviti kita orang just bersihkan pantai dan edarkan brochure kepada orang ramai agar sayangi la pantai kita. Jangan kau ingat kita orang saje saje je ea bersihkan pantai ni, sambil beramal sambil kumpul markah.








Fokus kutip sampah




Sampah squad




"Weh jangan ambil la, tu boxer tu" lol


Aku bila exam dah habis!



Hasil kutipan kami


Dan bertabah la hati untuk exam Mathematics dan Chemistry next week. Moga hati kuat dan kepala tak bocor lagi huhuhu

Fi Hifzillah

KMM; Life di Matrikulasi

Assalamualaikum guys,

So harini baru ada masa nak update blog, nak on laptop. Sebab dah tentunya bila masuk matrikulasi ni, jadual weekdays sangat lah pack!

Kelas dari 8 hingga 4. Petang ada latihan kelab yang korang join. Takpun petang siapkan tutorial (tutorial ni macam homework la) ataupun lab report, especially kalau kau budak sains modul 1, dan kau ada 3 experiment minggu tu perghhhh hidup segan mati tak mahu masatu T_T dan belum campur extra class waktu malam. Jangan risau, kelas malam selalunya bergantung kepada lecturer. Selalu nya 2 kali sebulan je. Tidak lupa juga kelas tambahan pada weekend haha! Nasib korang la

Pejam celik pejam celik, yeah dah 3 bulan stay kat matrik. So ada lagi 7 bulan caiyok! Dah jumpa macam macam orang, dah bergaul dengan macam macam orang. Dah jadi mayat hidup tahu kat sini tapi so far, sangat best! Ye sangat best kalau kau tahu nak survive kat sini. Takpayah la homesick sangat, sebab sebenarnya kau pun takkan ada masa nak fikir pasal rumah.


Ni barang barang yang aku bawa masa nak pergi. 


Dan ini la bilik di Matrikulasi Melaka (KMM) 


Dalam bilik ada 4 orang and ni just aku punya part je. Masa ni baru masuk so roommate still takde lagi. Dan tu tempat ampaian bilik aku. B336 Wing A.


Okay ni masa first outing pergi bazaar Ramadhan dengan roommate


Ni masa pergi practice kompang, bawa Carol sekali


Guess what? Nak jumpa budak sorang ni punya la payah. Psstt, dia ni kawan dari SMK lagi


Oh hey baby! I miss youuuuuuuuuuu


Ni dengan wing mates beriadah main bola jaring


Class cancel, nampak je kertas kertas atas meja tapi actually sembang pasal lelaki hots kmm huhu


Classmate!


Ni kelas dinamika, kami belajar etika makan yang betul. Kelas dinamika la yang paling best sebab class ni macam class sivik, kita just dengar presentation orang.


KUMBE (kumpulan belajar)


Kelab fav, kelab kompang


Ahli ahli kelab kompang


First picture dengan roommates


Ex practicum 


With Wahida, sehari sebelum balik beraya yayyyy


KUMBE part II


KMM ni dia atas bukit tau, bila pagi pagi pemandangan sangattttt lawa


Stor sukan


Roommates


Wing mates


I really love them wehhhhh.


Sambutan Hari Raya KMM


Carol and I wehee


Oh ya ni kelas Dinamika tadi


That's all for today, gonna update soon. Soon la sangat, dont trust me. 



Kolej Matrikulasi Melaka (KMM); Apa yang best?

Assalamualaikum

Entry ni aku buat sempena ramai sangat yang cari info terkini dan sensasi pasal kolej matrikulasi melaka (KMM)

Kalau korang tanya aku sbg student matrik melaka, aku akan cakap matrik ni best sebenarnya. Tak tipu.

Ketepikan segala kata2 negatif orang kononnya matrik susah, stress, tak perform nanti kena buang. Matrik hanya untuk budak2 yang spm tak bagus.

Tak, tak sama sekali.

Memang tak dinafikan matrik ni susah, pergi class pukul 8 balik class pukul 4. Tapi apa je yang tak susah dalam life ni?

Bagi aku, sepanjang aku kat matrik ni, ada banyak sangat perkara best korang boleh buat bila masuk matrik.

1. Outing ke Mahkota Parade - Dataran Pahlawan (MPDP) dan bandar Melaka

Jangan risau, matrik melaka ni dia sediakan transport kalau korang nak outing pergi bandar. Masa ni la nak keluar dengan roommate, classmate. Pergi date... opss!

Korang cuma perlu bayar tiket rm15 pergi balik.

Atau pun, kalau korang taknak naik bas kolej, korang boleh guna uber. Berlambak uber dekat Masjid Tanah ni.




2. Pasar Masjid Tanah best!

Pasar yang paling dekat dengan KMM ni dekat Masjid Tanah, setiap hari Ahad. Korang boleh naik teksi (siapa nak number teksi boleh dm) rm10 untuk pergi. So naik la 4 orang lebih jimat.

Sorry no photo. Kehkeh

3. Cafe paling best?

Kat sini ada 3 cafe which is A, B and C

Paling murah cafe B. Lauk tengahari dia memang ada macam2 lah. Nasi ayam dia pun cuma rm3 je. Air pun murah. Chicken chop dia paling best ah.


Cafe A pula sizzling mee & nasi blackpepper dia paling umphhh the best ah manakala cafe C (mostly student lelaki je pergi) ada jual coconut shake uhuks.

4. Hantu?

So far Alhamdululillah untuk sesi aku macam takde dengar sangat (ada tu ada) tapi hehehe 😈



5. Library

Okay library dia memang superb ah, selain air cond yang memang sejuk boleh buat kau mengantuk bila nak study, library ni juga ada tempat photobooth



6. Classmate & Kuliah mate yang gempakz


11/17.

Gurls of s11p7 (nama kelas)


Yeshh this is DK 1. Dk paling besar dan ramai student boleh masuk. Tapi bila dah nak hujung2 sem korang akan nampak ramai sgt tempat kosong (bermaksud ramai ponteng) especially class petang yang ngantuks. Dont worry, i pun pernah buat.



7. Dan roommate yang..... (taktahu nak describe macam mana sebab bdiaorg best sgt)

Serious cakap orang yang paling korang rapat nanti adalah rumet korang. Bagi aku, diaorg la happy pills aku kat matrik ni. Semua benda share dengan rumet dan mereka la yang akan celebrate birthday korang semua.




Maka habislah sesi menceritakan apa yang menarik kat Matrik melaka ni.

Jujur cakap, life kat matrik sangat la seronok walaupun stress belajar. Tapi percayalah, matrik melaka tak stress mana sebab diaorang tak belajar terlalu laju tapi sempat habiskan semua topic.

Jadi adik2 yang dapat matrik melaka tu takpayah la takut kena buli ke stress sebab nehi nehi, kat sini takde pun yang macam tu.

Kalau ada apa2 soalan nak tanya lagi pasal matrik melaka macam tandas ke mesin basuh ke monyet2 ke haha tanya la soalan kat box sebelah ni atau boleh tanya direct thru twitter @frhinx

Btw kitaorang sekarang study week, next week dah final maka cepat2 la wish goodluck kat kitaorang.

Fi hifzillah.