.footer-outer{display:none;}

Kolej Matrikulasi Melaka (KMM); Apa yang best?

Assalamualaikum

Entry ni aku buat sempena ramai sangat yang cari info terkini dan sensasi pasal kolej matrikulasi melaka (KMM)

Kalau korang tanya aku sbg student matrik melaka, aku akan cakap matrik ni best sebenarnya. Tak tipu.

Ketepikan segala kata2 negatif orang kononnya matrik susah, stress, tak perform nanti kena buang. Matrik hanya untuk budak2 yang spm tak bagus.

Tak, tak sama sekali.

Memang tak dinafikan matrik ni susah, pergi class pukul 8 balik class pukul 4. Tapi apa je yang tak susah dalam life ni?

Bagi aku, sepanjang aku kat matrik ni, ada banyak sangat perkara best korang boleh buat bila masuk matrik.

1. Outing ke Mahkota Parade - Dataran Pahlawan (MPDP) dan bandar Melaka

Jangan risau, matrik melaka ni dia sediakan transport kalau korang nak outing pergi bandar. Masa ni la nak keluar dengan roommate, classmate. Pergi date... opss!

Korang cuma perlu bayar tiket rm15 pergi balik.

Atau pun, kalau korang taknak naik bas kolej, korang boleh guna uber. Berlambak uber dekat Masjid Tanah ni.




2. Pasar Masjid Tanah best!

Pasar yang paling dekat dengan KMM ni dekat Masjid Tanah, setiap hari Ahad. Korang boleh naik teksi (siapa nak number teksi boleh dm) rm10 untuk pergi. So naik la 4 orang lebih jimat.

Sorry no photo. Kehkeh

3. Cafe paling best?

Kat sini ada 3 cafe which is A, B and C

Paling murah cafe B. Lauk tengahari dia memang ada macam2 lah. Nasi ayam dia pun cuma rm3 je. Air pun murah. Chicken chop dia paling best ah.


Cafe A pula sizzling mee & nasi blackpepper dia paling umphhh the best ah manakala cafe C (mostly student lelaki je pergi) ada jual coconut shake uhuks.

4. Hantu?

So far Alhamdululillah untuk sesi aku macam takde dengar sangat (ada tu ada) tapi hehehe 😈



5. Library

Okay library dia memang superb ah, selain air cond yang memang sejuk boleh buat kau mengantuk bila nak study, library ni juga ada tempat photobooth



6. Classmate & Kuliah mate yang gempakz


11/17.

Gurls of s11p7 (nama kelas)


Yeshh this is DK 1. Dk paling besar dan ramai student boleh masuk. Tapi bila dah nak hujung2 sem korang akan nampak ramai sgt tempat kosong (bermaksud ramai ponteng) especially class petang yang ngantuks. Dont worry, i pun pernah buat.



7. Dan roommate yang..... (taktahu nak describe macam mana sebab bdiaorg best sgt)

Serious cakap orang yang paling korang rapat nanti adalah rumet korang. Bagi aku, diaorg la happy pills aku kat matrik ni. Semua benda share dengan rumet dan mereka la yang akan celebrate birthday korang semua.




Maka habislah sesi menceritakan apa yang menarik kat Matrik melaka ni.

Jujur cakap, life kat matrik sangat la seronok walaupun stress belajar. Tapi percayalah, matrik melaka tak stress mana sebab diaorang tak belajar terlalu laju tapi sempat habiskan semua topic.

Jadi adik2 yang dapat matrik melaka tu takpayah la takut kena buli ke stress sebab nehi nehi, kat sini takde pun yang macam tu.

Kalau ada apa2 soalan nak tanya lagi pasal matrik melaka macam tandas ke mesin basuh ke monyet2 ke haha tanya la soalan kat box sebelah ni atau boleh tanya direct thru twitter @frhinx

Btw kitaorang sekarang study week, next week dah final maka cepat2 la wish goodluck kat kitaorang.

Fi hifzillah.